Wednesday, 5 February 2014

Ragam Bercinta

Sekarang ni kalau kita tengok, macam-macam ragam orang bercinta kan?
Ada yang tunjukkan kasih sayang, uat video masuk dalam youtube..
Ada pulak yang sampai sanggup hiris tangan, lukakan diri sendiri sebab tak nak pasangan diorang tinggalkan diorang. Teruk sungguh !!
Tapi tak semua orang macam tu. Masih ada lagi yang bercinta di jalan Allah .
ALHAMDULILLAH !

Saya pernah terbaca post kawan saya, kata nya jangan kongkong , selagi tiada ikatan , biarlah dia nak berkawan dengan berapa ramai perempuan / lelaki sekali pown . Biarlah dia nak mengaku single dengan perempuan2/laki2 tu sekali pun . Kita boleh cemburu tapi jangan tunjuk , jangan memberontak dan pendam je semua rasa tu . Kalau dia buat semua tu , maknanya hati dia bukanlah 100% untuk kita , sebab tu lah dia cari yang lain . Simpan perempuan / lelaki lain . Doa jerlah , bila jodoh kita dengan dia , dia berubah . Tinggalkan semua tu. Time tu , nak kongkong , kongkong laa , sebab dah sah2 dia milik kita.
Sya sokong kata-kata dia sebab memang betul pun kan, selagi dia belum sah jadi milik kita, kita tak boleh nak kongkong dia kan. Biarlah dia berkawan dengan sesiapa pun, kita tengok jer sejauh mana dia setia dengan kita.

Saya ada satu cerita pendek....

       Ada seorang lelaki yg bernama N (bukan nama sebenar) dan seorang gadis bernama D (bukan nama sebenar) berkenalan di satu laman sosial. Setelah lebih kurang 2 bulan kenal, mereka bercinta. Pada mulanya D hanya ingin menghilangkan rasa bosan dan dia cuba untuk menerima N dalam hidupnya. Macam-macam cara N lakukan untuk menarik perhatian D. Apabila mereka berjumpa untuk pertama kalinya, D mula menyayangi N kerana sikapnya yang penyayang dan amat mengambil berat tentang diri D. Mereka mula merasakan kegembiraan tapi adat dalam percintaan, mesti akan ada badai yang melanda. Muncul bekas kekasih N yang ingin rujuk kembali. 

     Macam-macam cara yang dilakukan oleh bekas kekasihnya untuk mendapatkan N termasuklah memfitnah D. N yang terpengaruh dengan cerita bekas kekasihnya itu sering memarahi D. Bekas kekasihnya itu pernah mengatakan yang D masih tidak matang dan tidak layak untuk bercinta kerana menceritakan masalahnya di laman sosial. D menjadi geram dan marah dengan sikap bekas kekasih N itu. D menganggap bekas kekasih N itu yang tidak matang kerana ingin merampas kekasih orang. Dimulut kata ingin melupakan tetapi di dalam hati berniat nak merampas. 

    Sejak daripada itu, hubungan N dan D semakin hambar. N mula menjauhkan diri dan semakin jarang menghubungi D. Kadang-kadang dalam seminggu, sekali sahaja N menghubunginya. D semakin tertekan dengan sikap N dan menyangkakan N sudah tidak perlukan dirinya lagi. Keadaan mereka berlanjutan sehingga berbulan lamanya. Akhirnya D nekad untuk memutuskan hubungan mereka kerana sikap N yang semakin acuh tidak acuh terhadapnya. D cuba untuk menghubungi N untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi N tidak menjawab setiap panggilan daripada D. Sehingga kini, hubungan mereka tergantung begitu sahaja.

Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Jika ada yang serupa dengan cerita saya tadi, itu hanyalah kebetulan sahaja.

Akhir kata, jodoh kita Allah sudah tetapkan dan akan sampai masanya kita tetap akan bertemu dengan jodoh kita. Jika tidak jumpa di dunia, pasti akan bertemu di syurga nanti. Berdoalah banyak-banyak dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. 

0 Komen Budak Comel:

Post a Comment

komen anda amat dialu-alukan ..