Wednesday 5 February 2014

Ragam Bercinta

Sekarang ni kalau kita tengok, macam-macam ragam orang bercinta kan?
Ada yang tunjukkan kasih sayang, uat video masuk dalam youtube..
Ada pulak yang sampai sanggup hiris tangan, lukakan diri sendiri sebab tak nak pasangan diorang tinggalkan diorang. Teruk sungguh !!
Tapi tak semua orang macam tu. Masih ada lagi yang bercinta di jalan Allah .
ALHAMDULILLAH !

Saya pernah terbaca post kawan saya, kata nya jangan kongkong , selagi tiada ikatan , biarlah dia nak berkawan dengan berapa ramai perempuan / lelaki sekali pown . Biarlah dia nak mengaku single dengan perempuan2/laki2 tu sekali pun . Kita boleh cemburu tapi jangan tunjuk , jangan memberontak dan pendam je semua rasa tu . Kalau dia buat semua tu , maknanya hati dia bukanlah 100% untuk kita , sebab tu lah dia cari yang lain . Simpan perempuan / lelaki lain . Doa jerlah , bila jodoh kita dengan dia , dia berubah . Tinggalkan semua tu. Time tu , nak kongkong , kongkong laa , sebab dah sah2 dia milik kita.
Sya sokong kata-kata dia sebab memang betul pun kan, selagi dia belum sah jadi milik kita, kita tak boleh nak kongkong dia kan. Biarlah dia berkawan dengan sesiapa pun, kita tengok jer sejauh mana dia setia dengan kita.

Saya ada satu cerita pendek....

       Ada seorang lelaki yg bernama N (bukan nama sebenar) dan seorang gadis bernama D (bukan nama sebenar) berkenalan di satu laman sosial. Setelah lebih kurang 2 bulan kenal, mereka bercinta. Pada mulanya D hanya ingin menghilangkan rasa bosan dan dia cuba untuk menerima N dalam hidupnya. Macam-macam cara N lakukan untuk menarik perhatian D. Apabila mereka berjumpa untuk pertama kalinya, D mula menyayangi N kerana sikapnya yang penyayang dan amat mengambil berat tentang diri D. Mereka mula merasakan kegembiraan tapi adat dalam percintaan, mesti akan ada badai yang melanda. Muncul bekas kekasih N yang ingin rujuk kembali. 

     Macam-macam cara yang dilakukan oleh bekas kekasihnya untuk mendapatkan N termasuklah memfitnah D. N yang terpengaruh dengan cerita bekas kekasihnya itu sering memarahi D. Bekas kekasihnya itu pernah mengatakan yang D masih tidak matang dan tidak layak untuk bercinta kerana menceritakan masalahnya di laman sosial. D menjadi geram dan marah dengan sikap bekas kekasih N itu. D menganggap bekas kekasih N itu yang tidak matang kerana ingin merampas kekasih orang. Dimulut kata ingin melupakan tetapi di dalam hati berniat nak merampas. 

    Sejak daripada itu, hubungan N dan D semakin hambar. N mula menjauhkan diri dan semakin jarang menghubungi D. Kadang-kadang dalam seminggu, sekali sahaja N menghubunginya. D semakin tertekan dengan sikap N dan menyangkakan N sudah tidak perlukan dirinya lagi. Keadaan mereka berlanjutan sehingga berbulan lamanya. Akhirnya D nekad untuk memutuskan hubungan mereka kerana sikap N yang semakin acuh tidak acuh terhadapnya. D cuba untuk menghubungi N untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi N tidak menjawab setiap panggilan daripada D. Sehingga kini, hubungan mereka tergantung begitu sahaja.

Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Jika ada yang serupa dengan cerita saya tadi, itu hanyalah kebetulan sahaja.

Akhir kata, jodoh kita Allah sudah tetapkan dan akan sampai masanya kita tetap akan bertemu dengan jodoh kita. Jika tidak jumpa di dunia, pasti akan bertemu di syurga nanti. Berdoalah banyak-banyak dengan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. 

Monday 16 September 2013

Today's Stat !

ASSALAMUALAIKUM ! readers !!

Ape khabar ?? Mesti korang semua sihat kan ... ALHAMDULILLAH .... 
Actually hari ni tibe-2 tergerak hati pulak nak mengepost something dalam blog ni ..
Yelah kan dah berzaman pulak aku tinggal kan ..



So final exam pun dah dekat . Bile nak study ????? Aku ni suruh orang tapi aku tak jugak study . 
Ni pun assignment berlambak boleh pulak tinggalkan ..
macam ni lah kehidupan aku sepanjang jadi student poli ....
hahahahahaha dah macam orang giler kan ...
Ishhhhx3 .... Tolong la nasihat kan minah sorang ni . hhuhuhuhuuuu APTB !

By the way , tolong doakan semoga aku boleh berubah ke arah yang lebih baik dan dapat result yang lebih bagus daripada yang sebelum ni okay ! 

SALING INGAT MENGINGATI SESAMA KITA KAN BAGUS ! peace ..
ASSALAMUALAIKUM & selamat malam ..
Chiaaaaoooooo !


Wednesday 14 August 2013

My Future

He is my future .
Saya nak dia sentiasa ada dengan saya dan saya harap sangat dia takkan tinggalkan saya.
I want to change my life.
Saya harap awak semua boleh doa kan semoga hubungan kami kekal hingga ke akhir hayat .
INSYAALLAH ...

Sunday 16 June 2013

SEMANGAT !




Lama betul aku tak menjenguk blog aku ni . Dah bersarang dah aku tengok . hhuhuhu . Maklum la dah busy dengan assignment yang berlambak-2 . Semester 2 ni sangat lah memening kan kepala sampai jatuh aku punye pointer . Sangat menyedihkan dan memilukan . Tapi takpe , insyaallah aku akan cube berusaha dengan lebih baik untuk naikkan pointer aku and  cuba untuk elak kan kegagalan. 

By the way , cuti kali ni aku rasa kurang bersemangat sebab kawan-2 aku pergi KAPM . Rasa menyesal pun ade sebab tak ikut diorang , kalau tak mesti seronokkan . Selama sebulan diorang pergi , sunyi nya hidup ( cehhh lain macam bunyi nye ) . Sekarang diorang pun dah balik and aku perasan diorang sangat happy . So , confirm la seronok kan . Muke diorang pun dah lain giler-2 . Hahahahahaha ....

Cuti semester pun dah nak habis . Minggu depan dah masuk poli balik . So , kena lah regang-2 kan otot badan sebab kat poli nak kena "exercise" .Nanti tak pasal-2 ada yang tak boleh bangun pergi kelas . Yang pasti aku dapat kamsis (asrama) , jadi tak payah lah susah-2 nak kena cari rumah sewa . Yang lagi best bila dapat roommate yang sama . Yeaayyyyyy !

Kata-2 yang terakhir , doa saya untuk semua kawan-2 dan untuk diri sendiri semoga kita success selalu , bahagia di samping keluarga dan rakan-2 , sentiasa berusaha untuk capai apa yang kita mahu kan .
MISS YOU ALL ! GOOD LUCK FOR YOUR LIFE ! 

Monday 23 April 2012

TENTANG CINTA ....

Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan . Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah . Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan ...

Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu mencintai seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak . Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya carayang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan .....

Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta, tapitidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang bolehdilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan ....







p/s : kata2 ini diambil daripada novel ...tapi hayati la kata2 ini kerana ianya ada makna tertentu ...

Kenangan Lalu ... !!

    Ary nie aq da citer untuk korang .... Aku nak citer sal seorang lelaki istimewa yang pernah bertakhta di hati aku suatu mase dulu ... Kisah nie terjadi mase hujung tahun 2008 ..
Aku gelar dye I.I sbb aku tak nak sebut nama dye..

Waktu cuti sekolah dulu, aku selalu pegi rumah mak cik aku dekat Kuala Lumpur ... Mase tue la aku berkenalan dgn dye ...
Dye tak pena pown ckap dgn aku atau tegur aku mase kitorg first time jumpe dulu ... Aku taw sal dye pown daripada saudara aku ..
Lepas aku balik dari umah mak cik aku .. tibe2 dye contact aku .. Aku tak taw dari mne dye dpat no aku ..Sejak tue la kitowang mule berkawan ...

Pada pandangan aku la , dye nie seorang yang sangat baik ..
Dye layan aku baik sangat ,ambil berat sal aku ... Dye tak kesah walau pun aku nie gemuk ...Disebabkan sikap dye nie la buad kan aku makin sayang dye dari hari ke hari ...Kitorang start couple mase tahun 2009 ... Aku tak boleh kalau tak contact dye walau sehari pown sebab aku tak nak berenggang ngan dye ...

Tapi sayang hubungan kitorang tak kekal .. Ade suatu perkara yang membuad kan kami putus ... Aku yang bersalah sebab aku yang minta putus dgn dye .. Sampai ary nie aku rase bersalah pada dye ... Kalau lah aku boleh berdepan dgn dye tuk minta maaf ... Tapi aku tak kuat ... Aku tak brani nak pegi uma makcik aku sebab takut terserempak dgn dye ...

Aku cume dapat luah kan dalam blog nie jerrr ...
Kalau la dye bace blog nie .... Ade sesuatu yang aku ingin sampai kan pada dye ..

KEPADA I.I , SAYA MINTA MAAF ATAS SEGALA KESALAHAN SAYA PADA AWK DULU ...
SAYA MENYESAL SEBAB BUAD AWAK MACAM TUE ..
SAYA TAW AWAK TAKKAN TERIMA SAYA KEMBALI..
TAPI SAYA HARAP SANGAT AWAK DAPAT MAAF KAN SAYA ..
SAYA TAHU AWAK DAH JUMPA PEREMPUAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA SAYA ..
SAYA DOAKAN SEMOGAAWAK BAHAGIA DENGAN SI DIA .
DAN KEPADA GADIS YANG KINI BERSAMA DENGAN DIA ,
SAYA HARAP AWAK JAGA LAH DIA DENGAN BAIK KERANA DIA LAH YANG TERBAIK ..
AWAK TAKKAN JUMPA LELAKI SEBAIK DIA ...

Wednesday 21 March 2012

RESULT SPM

Pg nie aq bgn awal lorh .. kowl 6 lbey aq da terjge .. pas uh aq cube tidow balek .. terjge ag kowl 8 lbey .. hehehehe upe yer dah tak sabar nak amek result SPM  ...huhu teruja taw !! pagi td gerak dr uma kowl 11 stengah ..tnggu bas ,hehe ...... smpai Gemas kowl 12 gitu la ...punye la exited nak g amek walaupon berdebar2 nie ,hehe ,,last2 result kua kowl 2 ptang ......
Pnat menunggu , nie dye keputusan yer ...............

ha .....tertutp tp pandai2 korg la nak pkir aq dapat ape ..
sedih jgak coz aq ade subjek yang fail .. Tapi aq redha sebab aq taw yang aq dah buad sehabis baek ..
Aq dah berusaha  bersungguh2 ,..................
So, that it for now ... Aq da share aq nye result ngan korang ...
ENJOY .. !!!